Bismillah.
Hari Jumaat ni nak share pasal printer. Diharap sharing ni dapat membantu sesiapa yang masih lagi mencari-cari printer yang sesuai untuk digunakan seisi keluarga.
Printer yang Keklin gunakan ni ialah Epson L3150. Digunakan sejak Januari 2021. Hampir 7 bulan penggunaan.
1. Sebelum Keklin decide untuk beli printer ni dah banyak Keklin studi sana sini. Kebanyakan review yang Keklin jumpa ramai yang gembira dengan Epson L3150.
2. So di awal tahun 2021, Keklin expect PdPR tahun ni pasti lebih lama. Maka sebab itulah kita ambil keputusan untuk pecahkan tabung ayam demi sebuah printer dan ketenangan. Takmau la pening-pening di kemudian hari kan. Malas sekali nak bertukar jadi Momster setiap hari. Hehehe.
Dalam rumah ni ada ramai penghuni. Encik Suami tengah sambung belajar - kena banyak print nota. Anak-anak pula ada 2 orang sekolah menengah dan 2 orang sekolah rendah - macam-macam juga kena print. Si bongsu pun tak nak kalah - print banyak coloring page. Termasuklah yours truly yang suka print macam-macam benda dari Canva.
Jadi, kenalah invest satu printer yang bagus.
3. So apa yang membuatkan Keklin beli Epson L3150?
i) Ink dia jimat gila.
- Boleh refer dekat gambar. Ink ni dari Juanuari sampai sekarang tak habis lagi. Masa Keklin masih guna printer lama, banyak kali juga Keklin refill. Murung sekejap.
ii) Wifi.
- Boleh connect dengan semua handphone dan laptop dekat rumah. Benda ni antara yang sangat menggembirakan sebab saat kau tengah masak dekat dapur pun boleh je tekan-tekan hp dan tadaaa. Siap!
- Anak-anak pun boleh print sendiri. Cuma effort pertama kali tu la kena set up semua agar ia connect dengan printer tu. Lepas tu ajar anak macamana nak guna. Kat sini pun dah membantu mak agar tak bertukar menjadi momster. Hahaha. (Dapat bayangkan kan betapa havoc kehidupan kita semenjak PdPR?)
iii) Scan, copy.
- Yang ni mostly printer zaman sekarang boleh buat. Nak copy salinan sijil anak-anak banyak-banyak pun takda masalah.
iv) Warna dia cun.
- Kalau korang sama macam Keklin suka print kad dan sejenis dengannya insyaAllah memang sangat berbaloi beli printer ni. Nanti boleh tengok gambar.
- Dari printer ni je Keklin dah pernah print gambar passport, buat appreciation cards untuk my business partners, buat thank you/wish card buat customers dan juga buat cake toppers. Buka Canva-edit-print. Senang! Namun kena beli kertas khas asing. Dekat gambar Keklin ada share jenis kertas yang digunakan. Beli dekat Aeon Big saja. Harga pun murah.
4. Harga agak pricey.
Namun begitu, harga printer ni agak mahal sikit. Keklin beli di AEON. Harga awal tahun hari tu dapatlah RM599. Sekarang ni macam lagi naik. Dekat gambar printer bawah tu Keklin ada letak link Shopee. Nanti boleh tengok kalau berminat.
5. Alah membeli, menang memakai.
- TAPI.. printer yang agak pricey selalunya inknya murah. Dan selalunya printer yang murah, inknya agak mahal. Terpulang pada keperluan masing-masing. Mungkin ada yang guna printer ni jarang-jarang. Tapi macam famili Keklin memang pelaburan Epson L3150 ni sangat berbaloi-baloi. Sampai hari ni tak pernah lagi refill ink. Ada kawan Keklin tu setahun lebih baru refill ink. Dahsyat betul.
- Dalam gambar Keklin ada tunjuk botol ink dia. Ni baki dari ink masa isi pertama kali dulu. Harga bagi ink ni sebotol paling murah pernah jumpa RM18. Mostly range dalam RM22+- macam tu. Link Shopee ada kat gambar bawah. Cuba bayangkan setahun sekali je kita invest beli ink baru. Jimat banyak kan.
So itu sahaja sharing dari Keklin di hari Jumaat ni. Semoga membantu bagi sesiapa yang tengah pening nak decide beli printer mana satu.



Post a Comment